Urus blog yang anda ikuti

Anda boleh membaca catatan terbaharu di blog kegemaran anda dengan menambahkan blog tersebut pada senarai bacaan pada papan pemuka Blogger anda.

Ikuti blog

Profil Google anda, termasuk nama dan foto profil, akan ditunjukkan secara terbuka sebagai pengikut blog apabila anda menggunakan alat Pengikut. Anda boleh menukar profil Google anda pada bila-bila masa. Untuk mengikuti blog secara awanama, ikuti blog itu daripada papan pemuka Blogger atau menu Tetapan.

Daripada alat Pengikut blog

  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Dalam blog yang hendak diikuti, cari alat Pengikut.
  3. Klik Ikuti.
  4. Dalam tetingkap yang dipaparkan, klik Ikuti.
Daripada papan pemuka Blogger anda
  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Dalam menu kiri, klik Senarai bacaan Penanda halaman.
  3. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Urus senarai bacaan Edit.
  4. Klik Tambah.
  5. Taip URL blog yang hendak diikuti.
  6. Klik Seterusnya.
  7. Pilih sama ada mahu mengikuti blog secara terbuka atau awanama.
  8. Klik Ikuti.

Berhenti mengikuti blog

Daripada papan pemuka Blogger anda
  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Dalam menu kiri, klik Senarai bacaan Penanda halaman.
  3. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Edit Edit.
  4. Di sebelah blog yang ingin dialih keluar, klik Padam Padam .
Daripada alat Pengikut blog
  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Dalam blog yang anda tidak mahu ikuti lagi, cari alat Pengikut.
  3. Klik Berhenti mengikuti.
  4. Dalam tetingkap yang dipaparkan, klik Berhenti mengikuti.

Benarkan pembaca mengikuti blog anda

Untuk membenarkan orang lain mengikuti blog anda, tambah alat Pengikut:

  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, klik anak panah ke Bawah Anak panah ke bawah.
  3. Pilih blog untuk dikemas kini.
  4. Dalam menu kiri, klik Reka Letak.
  5. Pilih tempat anda mahu menambah alat Pengikut.
  6. Klik Tambah Alat.
  7. Dalam tetingkap yang dibuka, klik Lagi Alatan.
  8. Cari “Pengikut” dan klik Tambah Tambah.
  9. Pilih tetapan anda.
  10. Klik Simpan.
  11. Untuk menyimpan aturan, klik Simpan Simpan di bahagian bawah sebelah kanan.

Soalan lazim

Manakah profil yang digunakan apabila saya mengikuti blog secara terbuka?

Profil Google anda akan dipaparkan pada mana-mana blog yang anda ikuti secara terbuka. Anda boleh menukar profil Google anda pada bila-bila masa.

Ingatlah:

  • Jika anda mengikuti blog secara awanama menggunakan profil Blogger atau profil anda yang lain, kemudian anda memilih untuk mengikutinya secara terbuka, profil Google anda akan dipaparkan, bukannya profil Blogger atau profil anda yang lain.
  • Blog yang sudah anda ikuti secara terbuka menggunakan profil Blogger atau profil anda yang lain akan terus menggunakan profil yang anda gunakan semasa anda mula-mula mengikuti blog.

Bagaimana hendak menyekat pengikut daripada blog saya?

Untuk menghalang orang lain daripada mengikuti anda:

  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri bersebelahan nama blog anda, klik anak panah ke Bawah Anak panah ke bawah.
  3. Pilih blog yang ingin dikendalikan.
  4. Dalam menu kiri, klik Statistik Statistik.
  5. Di bahagian atas, bersebelahan “Pengikut", klik nombor.
  6. Cari pengikut yang ingin anda sekat, kemudian klik Sekat.
    • Apabila anda membuat catatan pada blog, pengikut yang disekat tidak akan menerima kemaskinian lagi.

Nota: Meskipun anda menyekat seseorang daripada mengikuti blog anda, mereka mungkin masih dapat pergi ke URL blog dan membaca serta mengulas pada blog anda.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
539139816418600251
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
74
false
false