Teg elemen halaman untuk reka letak

Bahagian <body> tema reka letak terdiri daripada bahagian dan widget.

  • Bahagian merupakan kawasan halaman anda, seperti bar sisi dan pengaki.
  • Widget merupakan elemen halaman seperti halaman, daftar blog atau apa-apa elemen lain yang boleh ditambahkan daripada tab "Elemen Halaman".

Anda boleh menyertakan sebarang HTML pilihan anda di sekeliling bahagian dalam tema anda.

Bahagian

Setiap bahagian dalam tema anda mempunyai teg pembukaan dan penutup yang kelihatan seperti ini:

<b:section id='header' class='header' maxwidgets="1" showaddelement="no">

</b:section>

Atribut teg <b:section>
  • id – (Diperlukan) Nama unik dengan huruf dan nombor sahaja.
  • class – (Pilihan) Nama kelas yang lazim ialah “navbar”, “header”, “main”, “sidebar” dan “footer”. Jika anda menukar tema kemudian, nama ini membantu Blogger menentukan cara untuk memindahkan kandungan anda.
  • maxwidgets –- (Pilihan) Bilangan maksimum widget untuk dibenarkan dalam bahagian ini. Jika anda tidak menetapkan had, tiada had yang akan digunakan.
  • showaddelement – (Pilihan) Boleh jadi "yes" atau "no" dengan "yes" sebagai pilihan lalai. Ini menentukan sama ada tab Elemen Halaman akan menunjukkan pautan 'Tambahkan Elemen Halaman' di bahagian ini.
  • growth – (Pilihan) Boleh jadi 'horizontal' atau 'vertical' dengan 'vertical' sebagai pilihan lalai. Ini menentukan sama ada widget dalam seksyen ini disusun sebelah menyebelah atau ditindan.

Bahagian hanya boleh mengandungi widget. Untuk memasukkan kod tambahan dalam bahagian, bahagikan bahagian kepada dua atau beberapa bahagian baharu.

Widget

Widget diwakili oleh teg tunggal, iaitu pemegang tempat untuk menunjukkan cara widget harus dikendalikan dalam tab Elemen Halaman.

Beberapa contoh widget (satu untuk pengepala halaman dan satu untuk senarai) ialah:

<b:widget id="header" type='HeaderView' locked="yes"/>

<b:widget id="myList" type='ListView' locked="no" title="My Favorite Things"/>

<b:widget id=”BlogArchive1” locked=”false” mobile=”yes” title=”Blog Archive” type=”BlogArchive”/>

Atribut widget
  • id – (Dikehendaki) Boleh mengandungi huruf dan nombor sahaja, setiap ID widget dalam tema anda haruslah unik. ID widget ini tidak boleh diubah tanpa memadamkan widget dan membuat widget yang baharu.
  • type – (Diperlukan) Menunjukkan jenis widget.
  • locked – (Pilihan) Boleh jadi “yes” atau “no” dengan “no” sebagai pilihan lalai. Widget yang dikunci tidak boleh dipindahkan atau dipadamkan daripada tab Elemen Halaman.
  • title – (Pilihan) Jika tiada tajuk paparan ditetapkan, tajuk lalai seperti “List1” akan digunakan.
  • pageType – (Pilihan) Boleh jadi “all”, “archive”, “main” atau “item” dengan “all” sebagai pilihan lalai. Widget ini akan dipaparkan hanya pada halaman yang ditetapkan pada blog anda. (Semua widget dipaparkan pada tab Elemen Halaman tanpa mengira pageType.)
  • mobile – (Pilihan) Boleh jadi “yes”, “no” atau “only” dengan “default” sebagai pilihan lalai. Atribut ini menentukan sama ada widget akan dipaparkan pada peranti mudah alih atau tidak. Hanya Header, Blog, Profil, PageList, AdSense, Attribution akan dipaparkan pada peranti mudah alih apabila atribut mudah alih ialah "default".

Ketahui lebih lanjut tentang mengedit teg widget.

Nota: Dalam blog anda yang diterbitkan, semua teg <b:section> dan <b:widget> akan digantikan dengan teg <div> yang akan mempunyai ID yang ditetapkan. Ini akan membenarkan anda merujuk pada div#header atau div#myList dalam CSS anda, contohnya.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1665420270245122331
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
74
false
false