Tambahkan halaman pada blog anda

Penting: Anda tidak boleh menggunakan catatan tertentu sebagai halaman.

Anda boleh membuat halaman untuk kandungan tekal seperti “Perihal” atau “Maklumat hubungan”. Halaman boleh ditunjukkan sebagai tab di bahagian atas blog anda atau sebagai pautan di sebelah tepi.

Langkah 1: Tunjukkan halaman anda

  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog.
  3. Daripada menu di sebelah kiri, klik Reka letak.
  4. Dalam bahagian yang anda mahu halaman anda ditunjukkan, klik Tambahkan Alat.
  5. Dalam tetingkap, di sebelah "Halaman", klik Tambah .
  6. Tetapkan tetapan anda dan klik Simpan.
  7. Untuk menyimpan aturan, klik Simpan Simpan di bahagian bawah sebelah kanan.

Petua: Untuk menukar lokasi halaman anda ditunjukkan, seret alat ke lokasi baharu.

Langkah 2: Buat, edit atau padamkan halaman

Penting: Tidak terdapat had bilangan halaman yang boleh anda miliki dalam satu blog. 

Buat halaman baharu
  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog.
  3. Daripada menu di sebelah kiri, klik Halaman.
  4. Di bahagian atas sebelah kiri, klik Halaman Baharu.
  5. Masukkan tajuk halaman dan maklumat lain.
  6. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Simpan, Pratonton halaman atau Terbitkan.
Buat halaman dengan pautan ke tapak web lain
  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog.
  3. Daripada menu di sebelah kiri, klik Reka letak.
  4. Dalam bahagian “Senarai Halaman (Atas)” di sebelah “Halaman”, klik Edit Edit.
  5. Di bawah "Halaman untuk ditunjukkan", klik + Tambah pautan luar.
  6. Masukkan tajuk dan URL halaman, kemudian klik Simpan Pautan dan kemudian Simpan.
Edit halaman
  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog.
  3. Daripada menu di sebelah kiri, klik Halaman.
  4. Klik tajuk halaman yang ingin diedit.
  5. Edit halaman anda. 
  6. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Simpan, Pratonton halaman atau Terbitkan.
Padamkan halaman
  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog.
  3. Daripada menu di sebelah kiri, klik Halaman.
  4. Tuding pada halaman yang ingin dialih keluar.
  5. Klik Padamkan halaman ini dan kemudian Padamkan halaman.

Langkah 3: Pilih halaman untuk ditunjukkan

  1. Daripada menu di sebelah kiri, klik Reka letak.
  2. Dalam bahagian "Halaman", klik Edit Edit.
  3. Pilih halaman yang ingin anda tunjukkan, kemudian klik Simpan.
  4. Untuk menyimpan aturan, klik Simpan Simpan di bahagian bawah sebelah kanan.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14451001882780984162
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
74
false
false