Padamkan atau pulihkan blog anda

Penting: Untuk memadamkan blog, anda mestilah seorang pentadbir. Setelah anda memadamkan blog, anda mempunyai tempoh masa yang singkat untuk memulihkan blog itu.

Padamkan blog

  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, klik blog yang ingin dipadamkan.
  3. Dalam menu kiri, klik Tetapan.
  4. Di bawah "Urus blog”, klik Alih keluar blog anda dan kemudian Padam.

Pulihkan blog yang dipadamkan

Anda boleh memulihkan blog dalam tempoh masa yang singkat setelah memadamkan blog itu. Untuk memulihkan blog:

  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, di bawah "Blog yang dibuang", klik blog yang ingin dipulihkan dan kemudian Nyahpadam.

Padamkan blog secara kekal

Penting: Apabila anda memadamkan blog secara kekal, anda akan memadamkan semua maklumat, catatan dan halaman blog itu. Anda tidak boleh memulihkan blog yang dipadamkan secara kekal atau menggunakan URL itu lagi.

Untuk memadamkan blog secara kekal, setelah anda mengikut langkah untuk memadamkan blog:

  1. Di bahagian atas sebelah kiri, di bawah "Blog yang dibuang", klik blog yang ingin dipadamkan secara kekal. 
  2. Klik Padamkan secara kekal dan kemudian Padamkan secara kekal.

Artikel berkaitan

Sandarkan atau import blog anda

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4105887980725977471
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
74
false
false